Kursus ICT
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan, hari ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya semasa mengikuti kursus ICT lvl 1 dan 2 tahun 2023.
Pada bulan April 2023, saya telah mengikut kursus ICT lvl 1. Saya termasuk dalam group 12 beserta 15 org peserta yg lain. Pelbagai kemahiran ICT telah saya pelajari seperti keyboarding,penggunaan aplikasi canva dan google drive. Situasi pembelajaran ketika itu agak sedikit mencabar kerana bertepatan pada bulan Ramadan dimana kami semua sedang berpuasa. Tetapi, kami bersyukur kerana dibenarkan utk pulang lebih awal😁.
Seterusnya, ICT level 2 telah berlangsung pada bulan Ogos. Sebanyak 15 org peserta telah terpilih utk mngikuti kursus ini. Terdapat 4 perkara yg kami pelajari dlm kursus lvl 2 iaitu "Become Social Media Influencer(YouTube & Tik Tok), spreadsheet for accounting, website design blogger, dan Online graphic design (Canva). Hal ini telah banyak membantu meningkatkan kemahiran ICT kami👍.
Oleh itu, saya akhiri blog saya dgn mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur kursus ICT yg ditaja oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Sabah yg dikendalikan oleh AMC College & JH Nusah Abadi.

Comments
Post a Comment